Sunday, 15 April 2012




PENGENALAN

Batu Ajaib untuk kesihatan dan kesejahteraan

               GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi 82 unsur mineral yang terdapat didalam tubuh manusia.

                   Garam Gunung Himalaya berbeza daripada garam yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam biasa boleh memudharatkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi.


                 Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudharatannya. Garam bukit menambahkan kualiti sesuatu yang dicampur dengannya. Ia berfungsi sebagai tindakbalas kimia yang sangat di perlukan dalamproses penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia juga melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Dalam proses seterus nya ia mampu menghasilkan mineral untuk mencegah osteoporosis.